Bab 1
''What?!! Mama!! Ni terburu-buru sangat la! Mya tak mahu! Mya tak mahu! Mama...please......'' aku merayu mama. Mintak mintak la muka seposen aku ni mama terima. Aku tak nak kawin!!! NOKTAH!
''Mama tak pedulik! Mama nak kamu nikah dengan dia! Hape? Kamu ingat kamu tu makin muda? Mama terima lamaran parents dia. Mahu tak mahu, mama tak pedulik. Mama tau tu yg terbaik untuk kamu Mya..''
Alah, ingat kan aku je yg reti buat muka merayu. Oh, mama pun reti la. Mama ni! Buat Mya tak keruan la!
''No! Mama, jangan lah kolot sangat! Dipasang pasang dek mak ayah tu dah ketinggalan zaman la. Ma.. please.. Mya muda lagi lah.''
''Ya! Tahu pun muda lagi. Waktu kamu muda ni lah waktu yang paling sesuai. Kamu nak tunggu sampai bila? Berjanggut baru nak carik pakwe? Mama tak pedulik. Mama suka dengan budak tu. Budaknye baik.. Sopan.''
Perghh.. anak orang lain kemain mama ampu lebih lebih. Anak sendiri ni? Hish.!
''Tapi ma.. Mya baru 25. Mya pun tengah menganggur sekarang. Tolong lah mama. Mya nak carik........''
Belum sempat nak merayu sakan, mama dah sambung celoteh. Ape ni?! Bagi lah aku backup diri sendiri dulu. Belum ape ape lagi mama nak sambung. Ini langsung tak adil!
''Kerja? Mama dah settlekan. Kamu tak payah risau. Ha, takde nak buat duckface ea. Nak muntah mama tengok. Haha, mengarut betul budak ni''
Mama blahh..... Perghh, mama ni macam nak jual aku pun ada. Astaghfirullahhalazim. Jahatnye mulut. Tak pasal pasal bibir aku ditampar. Nak bagi pengajaran lah konon konon nye. He he he
*****************************
Aku masuk ke Harmive Collection. Eh? Mana aku nak pergi ni? Jumpa tuan besar kat sini? Mama ni pun satu. Bukannya aku kenal tempat ni. Bakal suami aku mana? Tak tunggu aku kat sini ke? Kurang asam....
Takde tanggungjawab langsung. Huh, menyampah giler kot!
Kounter pertanyaan aku kejar. Eh eh? Apehal dengan minah ni? Pandang aku atas bawah pulak.
"Assalamualaikum, cik. Boleh saya jumpa dengan bos?'' Skema nya ayat aku.. Ah! Skema tak skema. Bila diingatkan muka merayu mama tu, terpaksa jugak lah. Mama pulak siap buat drama. Menangis bagai..
''Waalaikumussalam. Appointment?'' Bapak sombong dia ni. Patut ke bos letak dia kat sini? Harap muka je lawa. Hek eleh....
''Takde. Saya..............'' Ish! Ni aku benci ni. Aku belum habis cakap lagi. Ade je lah nak mintak simpang. Lempang kang!
''Krystal! Bawa perempuan tu ke atas.'' Mak aih. Garangnye bos dia... Haik? Bakal laki aku jugak kan... He he. Tapi, dia panggil perempuan? Kasar betul!
Dah acik yang jaga kounter tu blah, aku pun ikut je lah bontot lenggang lengguk dia. Amboi, gile seksi! Kalau aku jadi lelaki, aku pun boleh tergoda macam ni. Eh? Astaghfirullah. Apa aku mengarut ni?
Dah sampai tingkat paling atas tu, dia pun tunjukkan lah kan bilik bos. Perghh.. Satu tingkat ni dia punya?
''Okey, thanks'' Aku melemparkan senyum yang aku rasa cukup manis dan cukup ikhlas. Dan dia........... blah macam tu je. Ni memang sombong segala sombong ni. Hape ah..
''Kau nak tercegat kat situ sampai bila?'' Surau garau dan parau menerjah telinga ni. Mak aih. Macam ni ke bos? Hishh. Confirm takde ramai pekerja ni...
''Kau jadi secretary aku. Kau paham tak ni? Terlongo je dari tadi aku tengok. Hidayah akan bantu kau kat sini. Dah.... sekarang, PERGI BUAT KERJA!!!''
Mak!!! Terkejut aku. Takkan lah hari hari macam ni? Sakit jantung lah aku! Mama!! Huwaa! Nak balik....
****************
No comments:
Post a Comment